Zionist : Enemy of the World

Bismillahirahmanirahim. Salam ukhuwah.

Terlebih dahulu tahniah kepada siapa yang membaca post ini. Menyedihkan tapi hakikatnya tidak ramai dalam kalangan kita yg mungkin tergerak utk membaca blog yg postnya bertajuk “Zionist : Enemy of the World”. Rata2nya lebih gemar membaca post berkenaan vacation2, trip2 sepnjang summer. Rata2nye lebih gemar dengan isu2 seperti hiburan2 filem, permainan games dsb.

peranan kita

Marah dan kebencian yang amat terhadap zionis . Malah sebab itu jugaklah yg mendorong rasa nk tulis post.

Terlebih dahulu, eloklah dijelaskan persepsi salah yang seringkali melanda masyarakat umum. isu yang tidaklah terlalu besar secara umumnya, tapi mungkin menjadi msalah apabila kite membicarakan sesuatu isu : yahudi, israel dan zionis.

Dalam konteks post ini, secara ringkasnya, kita merujuk makna2 istilah berikut :-

Israel – negara haram israel (bkan negara pn)

Yahudi – bangsa yahudi

Zionis – gerakan politik orang yahudi yg mmperjuangkan utk merampas tanah palestin. zionist merujuk org yg berfahaman dan mendokong perjuangan zionis.

USAHA KEMANUSIAAN KE TEBING GAZA

Bagi mereka yang tidak maklum tentang isu baru2 ini, ini adalah sedikit ringkasannya.

Persatuan2 NGO kemanusiaan dari seluruh dunia telah berganding bahu dalam suatu konvoi kemanusiaan yang dipercayai antara terbesar pernah ditubuhkan. Tujuannya memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk2 Gaza yang ditekan oleh rejim zionis laknatullah. Konvoi ini menuju ke Gaza dengan laluan laut mediterranean menggunakan beberapa buah kapal.

honour1

FAKTA

1)560 sukarelawan kemanusiaan daripada Vatican, Greece, Ireland, Malaysia, Indonesia, Turkey, dan beberapa lagi negara.

2)Rombongan konvoi ini disertai bukanlah sukarelawan muslim semata2 tetapi sukarelawan pencinta kemanusiaan dari berbagai negara termasuk Amerika.

3) 9 buah kapal kesemuanya namun ada kapal yang terpaksa berpatah balik kerana mengalami kerosakan(dipercayai disabotaj)

4)Rombongan konvoi turut disertai orang2 besar seperti beberapa ahli parlimen daripada German, pemenang hadiah nobel keamanan, penulis novel, pembuat filem dan journalis2 terkenal dari berbagai negara. Ini menunjukkan sokongan kemanusiaan terhadap penduduk Gaza yang mereka percaya dizalimi rejim zionis laknatullah.

ISU

Tentera Israel menyerang kapal bantuan kemanusiaan ( Freedom Flotilla – nama kapal). dan juga menyerang kapal turki

Fakta

-selepas perang dunia ke2, Turki dan Israel mempunyai perjanjian yg menjamin keselamatan mana2 kapal Turki daripada diserang Israel. Dengan berlakunya insiden ini, di mana kapal yang diserang terang2 ‘flagged’ as turkey ship, Israel telah MELANGGAR perjanjian tersebut.

-Memg strategi Turki utk mengambil manfaat dari perjanjian tersebut utk menghantar bantuan kemanusiaan kepada Gaza(dengan harapan kapal tersebut tidak diapa2kan Israel based on treaty), tetapi tidak berhasil kerana kebiadapan Israel melanggar perjanjian

-Diserang di perairan antarabangsa, yakni 60 km dari kawasan politik Israel. Kalau dalam zaman dahulu, perbuatan israel ini saling tidak tumpah mcm ‘pirate’ zaman dulu. Fakta : israel tidak berhak utk menggunakan ‘military’ nya di perairan antarabangsa, alasan mmpertahankan diri jugak tidak lojik kerana kapal tersebut menuju ke Gaza, bukan Israel.

-Israel menggunakan ‘drone’(cm robot psawat spy kecik) utk stalk pergerakan kapal2 kemanusian

-Israel kemudian menghantar helikopter dan komando2 ke kapal freedom flotilla, 20 disahkan terbunuh

Dakwaan Israel

Israel telah memberi amaran bahawa mereka akan ‘by any means’ menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza, melainkan melalui Ashdod Port. Ashdod Port adalah pangkalan mereka yang mereka gunakan utk salurkan bantuan kemanusiaan kpd Gaza.

20 orang yg terbunuh adalah disebabkan tindakan tentera zionis mempertahankan diri mereka kerana mereka diserang oleh aktivis2 kemanusiaan dalam kapal tersebut sebaik shaja komando2 mereka turun dari helikopter.

Palestina4

Persoalannya apa?

As a neutral, perlu kita ingat bahawa kapal2 bantuan kemanusiaan itu terdiri daripada pelbagai sukarelawan dari berbagai2 agama dan negara, terdiri daripada Ahli2 Parlimen beberapa negara eropah yg komited dn cinta akan kemanusiaan. Mereka ini percaya bahawa tindakan zionis terhadap penduduk Gaza selama ini adalah kekejaman kemanusiaan.

Mengapa mereka tidak mahu menggunakan Ashdod Port? As a neutral, cuba kita fikirkan mengapakah sehinggakan pencinta2 kemanusiaan yg bukan beragama Islam ini tidak ingin menuruti kehendak zionis. Sudah tentu kerana mereka tidak MEMPERCAYAI zionis. Mereka tahu sekiranya bantuan tersebut disalurkan melalui Ashod Port, sudah tentu tidak akan sampai.

Alasn tentera zionis mempertahankan diri adalah tidak berasas. Kapal2 kemanusiaan diserang di perairan antarabangsa, bukan di kawasan politik israel. Tentera zionis mendakwa mereka diserang aktivis2 kemanusiaan. Benar mereka diserang aktivis yg bersenjatakan pisau dan kapak, tetapi perlu diingat aktivis2 ini adalah pencinta2 kemanusiaan dari pelbagai negara. Apakah lojik bagi mereka bertindak demikian tanpa sebarang provokasi? Sudah tentu tidak. Fakta : tentera zionis melepaskan tembakan sebelum mula mendaratkan komando mereka lagi lantas memaksa aktivis2 mempertahankan diri. Ini dapat dilihat dari video2 di youtube mengenai serangan ini dimana kelihatan sniper dari helikopter israel yg menghalakan sniper ke arah aktvis2 di kapal.

Apa yang dapat kita pelajari dari isu ini? ( Secara Umum )

1)Pencinta kemanusiaan dari pelbagai negara mengiktiraf bahawa tentera zionis lah yg selama ini bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan dalam isu Israel-Palestin.

Tahukah anda israel membina tembok setinggi 8-12meter sejauh 185km bagi menghalang bantuan kemanusian daripada masuk ke Gaza. Inilah yang dipanggil ‘blockade’ yg dikenakan terhadap Gaza. Ada yg menggelar Gaza sebagai penjara manusia terbesar di dunia.

2)Israel mungkin akan menjadi musuh kemanusiaan dunia

Hal ini akan bergantung rapat dengan bagaimana pandangan masyarakat dunia terhadap serangan tentera israel ke atas bantuan kemanusian. Namun, secara umumnya, peristiwa tentera israel menyerang bantuan kemanusiaan sudah pastinya bukan suatu yg popular di kaca mata masyarakat manusia kerana isunya adalah kemanusian, bukan konflik muslim-israel semata2.

Mungkin kurang relevan tetapi, berdasrkan komen2 yg saya lihat di video2 youtube berkenaan serangan tersebut, rmai org menyuarakan kebencian terhadap israel, terutama mereka yang dari eropah. Mungkin dikira ‘hasty generalization’, tapi dpt mmberi sedikit ‘insight’ wlaupn mgkin kurg ‘representative’ terhadap persepsi masyarakat dunia terhadap perbuatan tentera israel. hal ini disokong berdasarkan fakta bahawa peserta2 konvoi kemanusiaan itu terdiri daripada rmai sukarelawan dari eropah dan malahan ahli2 parlimen mereka.

IMPLIKASI

Mungkin suatu yang agak drastik, tapi berkemungkinan, bahawa, akan ada tindakan ketenteraan diambil ke atas israel. Malah, yg mungkin terjadi adalah seluruh negara di dunia akan menjadi musuh israel disebabkan keangkuhan mereka bertindak sesuka hati kerana di’support’ oleh US.

Bergantung kepada politik dunia, rasanya tidak drastik andai saya katakan akan terjadi peperangan ke atas negara israel disebbkan pencabulan kemanusiaan mereka ini. Kali ini, negara muslim akan mungkin sama2 disertai negara eropah dalam menentang kekejaman israel cuma negara bukan islam menentang atas tiket kemanusiaan semata2

Akhir kata, sebagai umat Islam, sama2 lah kita doakan agar bantuan kemanusiaan ini dapat disalurkan ke atas 1.5million penduduk Gaza.

Ya Allah,

Kau campakkanlah rasa gerun dalam kalangan hati2 tentera zionis,

Kau campakkanlah rasa kekuatan dalam hati2 penduduk, pejuang2 Gaza, dan pejuang2 kemanusiaan.

Kau wujudkanlah persepsi negatif dunia terhadap israel, agar Israel menjadi musuh dunia.

Kau berikanlah kekuatan kepada orang2 muslim,

Kau berikanlah petunjuk kepada sahabat2 muslim yang tidak langsung mengambil tahu akan perihal saudara mereka di Gaza,

Aminn~

taknako

Ya Muqallibal Qulub

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Ya Allah yang membolak-balikkan hati manusia, Kau lembutkanlah hati mereka..

underwater

Amin.

Classes .

Bismillahirahmanirahim.

Salam ukhuwah 😀

I’m at the middle of spring break and let’s take a look  on my previous and next path 😀

Fall 09 – first sem kt madison

QShot_0110

Courses

  • ECE252 – Intro to Computer Engineering
  • INTEREGR102 – Intro to Society-Engineering Challenge
  • MATH240 – Intro to Discrete Math
  • ENGLISH117
  • CS302 – Intro to Programming with Java

Comment :

  • 252 – 😐
  • 102 – 🙂
  • 240 – [-_-]
  • 117 – [-_-]
  • 302 – 😀

Spring – present

QShot_0111

Courses

  • MATH340 – Elementary Matrix & Linear Algebra
  • CS/ECE352 – Digital Logic and Fundamental
  • ECON101 – Microeconomics
  • CS367 – Data Structure

Comment :

  • 340 – 😐
  • 352 – 😦
  • 101 – 😐
  • 367 – 😀

Summer – tatkala mereka balik ke tanah air

QShot_0112

Courses

  • ENGLISH118

Next Fall – wishlist but 90% confirm

QShot_0113

Courses

  • CS354 – Machine Organization & Programming
  • AFRICAN321 – Arabic First Semester <——- 😀
  • CS412 – Intro to Numerical Methods
  • CS371 – Tech – Computer-Based Business System

Nota : courses2 cs memg no die seram2. maybe ad org akan ckap gelabah or kelam kabut psal amik courses2 no seram2 but for ur information, for my major,cs ni memg path die. xde maknenye nk carek pasal sngaja amik courses no seram. xmacho pn.dh r scholar. n ni nye prancangan pn is the least burden utk cs major; instead of cramping high-numbered courses at the end of third and fourth year, better if it’s distributed throughout the whole path. that’s my plan. klau biar load kat hujung2 tahun ke3 ngn ke4 nescaya jadi gila utk cs. dlm keadaan distibute elok2 skarang ni pn kadg2 bizi tahap tertekan smpai bila ad masa lapang je balas dendam abes2.

jom la sape2 amik courses same utk fall ngn summer. amik arabic jom. dgr citer first sem snang. jom2~

bagi mereka yang berfikir

Heavy Test

Bismillahirahmanirahim.

Ujian yang berat.

Rata2 manusia pabila diuji mengatakan ujian yg mereka lalui terlalu berat. adakah benar ujian yg ditimpakan terlampau berat? atau manusia itu terlalu lemah untuk menghadapi ujian itu?

KOREKSI DIRI. muhasabah diri kite.

org beriman

Pabila si A ditimpa ujian, manakala rata2 manusia yg len akan mengatakan.

sabar je, ni sume ujian dri Allah.

“rileks je, standard ah lumrah idop.”

“tenang suda, ko pkir ko sorg je ke pnah rase?.”

“ni baru sket bai, ko untung r ni, ak dlu lagi dahsyat kot.”

Lantas dibidas dengan…

“kau cakap senang r bai, ko xpnah rase boleh r.”

“ye la ak tau ujian, tapi asyik2 ak kene ujian je, xlarat r cmni. cm ak org paling malang je kt dunia ni.”

“ckap sedap r. time ko rase bru tau.”

yup. ini semua khasnya ditujukan kpd ak yg lemah. bkan ujian itu berat. diri ini yg lemah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Al-Baqarah:286)

HIdup ini penuh dgn ujian, tapi destinasinya itu pasti.

tough path

muhasabah diri.refleksi diri anda.

carilah seorang hamba di muka bumi ini yang tidak pernah sama sekali ditimpa kesusahan.

carilah seorg manusia di muka bumi ini yg spanjang hidupnya tidak pernah rasa kesedihan.

malah carilah seorang yg dalam hidupnya sentiasa dapat apa yang di idamkannya.

MUSTAHIL anda akan menjumpainya.

justeru, apekah hak atau keistimewaan kita utk sentiasa dapat apa yg kite inginkan? apekah lebihnya kita daripada orang lain? byk sgt kah amalan kita sehingga kte lebih daripada orang lain?

Malah junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W sendiri tidak selalunya dapat apa yg baginda impikan. Pernah suatu ketika baginda terlalu ingin pergi ke suatu tempat utk bersuka ria. Namun ditakdirkan Allah menyebabkan baginda tertidur demi utk memelihara diri baginda dari perkara2 keji.

Ringkasnya, Allah knows the best.

Baginda sendiri pn pernah ditempelak oleh Allah,

“ketika mana peristiwa baginda tidak mengendahkan kehadiran seorang yang buta yg ingin mempelajari tentang agama Islam kerana baginda terlalu sibuk berurusan dengan pembesar2 dan org2 berpengaruh yg masih belum memeluk islam. Baginda berharap agar pembesar2 dan org2 berpengaruh itu memeluk islam lantas tidak mengendahkan si buta sehinggalah Allah menempelak perbuatan baginda dalam surah Abasa ( bermasam muka ).”

Dalam bahasa mudah, dalam hidup ni.

Kadang2 apa yg kte rasa baik utk kte xsemestinya baik untuk kita.

kadang2 apa yg kte rasa xbaik utk kte sebenarnya baik untuk kita.

toughertimes

Suatu yg agak bermakna. malah Allah sudah tegaskan sendiri dalam Al-Quran.

"…Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah [2]:216)

Segala apa yang ditulis di atas suatu yg agak tipikal.

stereotaip.

rata2 manusia tahu mengenainya. tapi bayangkan berapa kerat sahaja yg mampu menghayatinya?

Adakah kita sebahagian daripada itu? Moga2 aku berada dalam golongan mereka yang sabar. Amin~

La tahzan. jgn risau. ad hikmahnya di sebalik ujian ini.

latahzan

“ Don’t be sad, raja. Relax suda.” =)

I must recover quickly. pray for me. ameen.

Gadoh.

Jika anda membaca ini, barangkali anda terpengaruh dgan tajuk di atas.

Bismillahirahmanirrahim.

********************************************************************

Salam ukhuwah =)

gadoh2-456x491Gadoh ni adalah sebuah filem yg direkemen oleh nazwan ngantuk. entri kali ni penulis hanya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang filem ini. penulis ternampak  filem ini di dalam komputer riba sharifuddin shukri. jujur utk penulis katakan, penulis adalah seorang yg tidak gemar menonton filem dan filem ini cukup bertuah utk ditonton oleh penulis 🙂

Terlebih dahulu, izinkan penulis menulis entri kali ini dgan kata ganti diri ‘penulis’ dan dgan bahasa singkatan tetapi cuba utk kelihatan seformal yang boleh.

G-A-D-O-H

Barangkali benda pertama yang terlintas dalam kalangan pembaca apabila mendengar perkataan di atas adalah pergaduhan fizikal, pergelutan dan pertengkaran.  Bagi mereka yang telah melihat poster filem tersebut, sudah tentu skop mereka akan lebih kecil kepada pergaduhan pelajar di sekolah.

QShot_0085

Ringkasan filem – filem ini memaparkan kisah hidup pelajar2 berlainan kaum di sbuah skolah. pengarang filem ini cuba memaparkan realiti pelajar berbilang kaum di malaysia yang sering bergaduh. secara jujurnya, penulis agak kagum dgan pengarah filem ini kerana telah sedaya upaya menjadikan filem ini lebih realistik.

Pengarah buat…

Dalam filem ini, pergaduhan ini berlaku antara cina dan melayu, dua bangsa yang besar di malaysia. filem ini juga menyelitkan kaum india sebagai kaum yang tersepit di tengah2 dalam dua pergaduhan kaum tersebut.

Penulis kata….

QShot_0086

penulis rasa punca pergaduhan yg dinyatakan dalam filem itu amat bnar. itulah yg sering penulis lhat dalam realiti masyarakat di malaysia. wlaubagaimanapun, penulis tidak bersetuju dengan idea di dalam filem itu yg meletakkan india sebagai kaum tengah2 yg sering dibuli. penulis merasakan itu tidak benar sama sekali kerana meskipun india adalah minoriti, india bukanlah kaum yg lemah sehinggakan dibuli ditengah2.

Pengarah buat…

semua pelajar itu akhirnya disatukan oleh aktiviti pementasan teater. akhirnya mereka bersatupadu dan tidak lagi bergaduh.

QShot_0081

Penulis kata….

penulis masih lagi teringat kata2 nazwan ngantuk. komen beliau.

“ filem tu cm x lojik last2 buleh lak bersatu padu dgn care die. care die pn cm xleh trime. “

bagi penulis, jika penonton berfikir skali sudah tentu filem ini akan lebih kepada “fairy tale”. namun setelah difikirkan kembali, ada lojiknya bende ini buleh berlaku cuma mungkin “one in a million”. alasannya cukup mudah, bkanlah pementasan teater yg merubah mereka namun sebenarnya adalah kaedah psikoloji yg digunakan guru teater tersebut.

Pandangan penulis terhadap realiti sebenar.

Penulis tidak berpeluang utk bersekolah lama di sekolah berbilang kaum jadi mungkinlah tidak selayaknya utk berbicara namun apa yang dismpaikan hanyalh pndangan peribadi berdasarkan pengalaman.

1) kadang2 atau mgkin selalunya melayu ini terlampau manja

 

jujur penulis katakan, ini pandangan peribadi penulis. bkan apa, lihat sajalah realiti melayu hari ini. pelbagai keistimewaan diberi namun bangsa melayu itu kadangkala terlampau lentok dibuai mimpi. bila isu seperti biasiswa diketengahkan, rmai kaum lain tidak suka dgn kelebihan y diberikan kepada melayu. sebelum itu, ingin ditekankan bahawa penulis berbangsa melayu dan bangga menjadi melayu, namun itu tidak bermakna tiada ruang utk kritikan.

“ kadangkala kritikan itu perlu utk membaik diri dan bangsa. jangan terlalu manjakan diri dgn lari daripada kritikan y membina kerana tidak ada manusia yg sempurna. kritikan membina itu perlu utk membangunkan bangsa.” –penulis

2) melayu perlu belajar dari kegigihan kaum lain

tambahan. bkan sahaja dri kegigihan kaum lain. tokoh2 melayu itu sendiri. sape kate org melayu xde yg gigih? moyang2 kte dlu smua rajin2 belaka. awal2 subuh dh pergi menoreh gtah. contoh yg ckup tipikal dn kecil. menoreh getah. bkan belajar di luar negara pn. persoalannya bkan apa yg dilakukan namun sejauh mana usaha yg ditunjukkn dlm melakukan suatu perkara. penulis melihat kegigihan kaum cina dan india yg cukup rajin sesetengahnya. cina, misalnya sangat berani mengambil risiko terutama dalam bisnes. melayu, yg sering terkenal dgn ‘notion’ “ckuplah, oklah” pula seringkali mudah berpuas hati. tidak semua melayu. tapi yg sedihnya kebanyakannya. mgkin apa yg dikatekan penulis tidak berasaskan fakta statistik. namun itu berdasarkan pengalaman penulis. dan juga kawan2 yg len.

Komen akhir

Penulis amat berharap bahawa  malaysia dapat hidup aman berbilang kaum. penulis ingin skali belajar banyak kepakaran dari bangsa cina mlaysia dan india malaysia dan sama2 membangunkan negara.

“ Negara berbilang kaum bukanlah mustahil. Rasulullah S.A.W sndiri telah berjaya mendirikan negara yg berbilang kaum yg hidup aman damai. rahsianya adalah toleransi, hormat-menghormati. dua kata nama yg cukup stereotaip namun itulah hakikatnya. “ – penulis

Esok merupakan hari Martin Luther King day. ia disambut pada isnin ketiga januari setiap tahun. apakah persamaannya? ringkasnya, martin luther adalah seorang tokoh pejuang kulit hitam yg ingin menjadikan us sbagai negara yg mampu hidup aman berbilang kaum. sebelum akhir, same2 lah renungi video “ perjuangan belum berakhir “ yg diterbitkan ktika era Dr. Mahathir dahulu ( klau x silap ) .

BUKA MINDA ANDA SEBELUM BUKA VIDEO.

hayati mesej yang dsampaikan, bkan siapa yg menyampaikan.

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah.

Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan.

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar…

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Hanya yg berfikir akan mendapat faedah dari penulisan ini. wallahua’alam

-bagi mereka yang berfikir

Apa yang saya lakukan ketika cuti?*

*tajuk ini mcm tajuk esei budak darjah 4 bukan?

Bismillahirrahmanirahim.

Salam ukhuwah. =D

Cuti dah nak abis. ketika coretan ini ditulis, ad 29 jam lagi sebelum kelas bermula. Mulalah pikir balik apa yang ak lakukan ketika cuti.

Soalan bonus

———–

— > Apakah yang ak lakukan ketika cuti?

A – cipta rekod tidur peribadi

B _ kempen menambah berat badan

C – mula berkerjaya mencari nafkah

D – buat sedikit aturcara ( programming ) dan belaja linear algebra sket2

E – khatamkan game2 yg dh lame install bersarang kt hdisk tp x main

F – bersuka ria melancong menghabiskan duit

Jawapan

————-

A – salah. tidur ak cukup sahaja time winter. xde lebih2 sangat. tapi ad sakit belakang pasal salah tidur. bkan terlebih tidur.

B – kempen menambah berat badan bagi ak bukanlah bermusim. ha2. ‘continuous’ kot. slalu je kempen.

C – ya Alhamdulillah dh dapat kerja. kredit kpada seniorku bob a.k.a helmi y merekemen ak. dpat r keje. ye la. anak emas majikan y rekemen ak. ha2. meskipn ak kene blanja die kt maharaja, namun jasa die x terblas. ha2.

D – hangat2 tahi ayam. memg ad buat. tapi x seperti dirancang. sedikit je. kunun nk kuasai OOP ( object-oriented programming ) utk C++ tapi last2 x usik langsung. ad men2 sket ngn java je.

E – ad betulnya. x habis pn men lagi tapi ad la main. tamat modern warfare 2 y dh lame bersarang kt hdisk.

F – sarkastik abes. jauh api dari panggang. budak2 wisc len melancong menghabiskan duit. chicago, new york, atlanta, florida, los angeles. aku ? kerja mencari nafkah. ironik sungguh.

tatkala seorang raja bekerja, rakyatnya bersenang lenang. “ha2

 

K – E – R – J – A

bnde first orang pikir pasal kerja adalah duit tambahan. gaji ad. x ramai yg terus tanye or terus pikir snang ataupn tidak kerja itu. halal of kos halal kerja2 sbb malaysian student kt us ni leh kerja on campus je. on campus mestila kerja y tulus murni. xkan ad y x elok.

IMG00247-20091226-1010

Apa kerja aku ?

1- duduk di kaunter dengan cuba membuat muka mesra melayan pelanggan.

xleh buat apa. muka ak memg biasa diinterpretasi sebagai kurang mesra a.k.a serius tahap xleh bawak gurau. so kene try buat muka2 mesra.

2 – uruskan urusan pemulangan dan pinjaman laptop

IMG00248-20091226-1040

checkout laptop. checkin laptop balik. ‘reimage’ laptop. klau ad masalah laptop, gtau kt Doit.

3 – jawab panggilan telefon.

IMG00249-20091226-1040

jawab panggilan telefon klau ad orang telefon. kene sebut , “ memorial infolab “ awal2 time angkat. try sedaya upaya membuat slang ‘local’ agar si penelefon yakin andalah orang yg mampu membantu dia.

4 – ‘troubleshoot’ masalah komputer

yang ni mcm optional. biasanye masalah die x susah mane. akalku masih tercapai utk menyelesaikannya. ad skali je x dpat pasal ad minah cina ke jpun ntah tanye psal photoshop tahap moksya nye soklan. maaf. saya bukan designer. yg len sume buleh kecuali masalah y x dpat setel sbb x faham bahasa mreka ( ad skali tu cina tu die xpndai terangkan sbb laptop die dlm bhasa cina )

yg mencabar pasal kerja ak.

lab

———————————————————-

x paham slang mat salet. macam2. dah lak dlm lab memorial library. diorg punyela control volume suara. samar2 je dengar. masalah kot. sbb apa? berikut adalah proses otak ak menginterpretasi dialog mat saleh.

dengar – > loading –>  word-by-word translation –>loading -> contextual translation –> loading fikir utk penyelesaian –> loading atur kata dalam english –> ckap satu2 sambil sedaya upaya buat slang ‘local’

itu adalah proses normal otak ak. namun since ak bekerja didalam library. proses ini menjadi agak lambat kerana word y ak dengar itu samar2.

slain itu, memg besh kerja. leh ltak dlm resume nnti. dpat keje time spring. hrap2 keje2 pn dpat belaja dgn ok. inshaAllah.

Selamat stadi utk semester spring !

– bagi mereka yang berfikir

Sampaikan firman tuhanMu.

Bismillahirahamnirrahim

Salam ukhuwah =)

Terik matahari..tak surut kan langkahmu..

Deru hujan badai…tak luntukan azammu..

Raga..kan terluka..tak jerikan nyalimu..

Fatamorgana dunia..tak silaukan matamu..

Lagu yang ckup menyentuh jiwa.

Imam Ibnu Katsir pernah berkata,

 “Maksudnya adalah hitunglah diri kalian sebelum
nanti dihitung, lalu lihatlah apa yang telah kalian siapkan berupa amal shalih untuk bekal hari kepulanganmu dan menghadap Tuhanmu.”

Muhasabah diri. Hari esok lebih baik daripada hari ini. inshaAllah =)

-bagi mereka yang berfikir-

Blame me but not Islam.

* Coretan penulis ini adalah berdasarkan pemikiran penulis berdasarkan ilmu2nya yang tidak seberapa. Sila lapangkan dada anda utk membaca post ini selanjutnya agar anda ingin mendapat manfaat daripadanya.

Bismillahirahmanirrahim.

Kadangkala nama agama Islam sering dicemari disebabkan perilaku penganutnya. Persepsi ‘non-muslim malahan dalam sesama muslim terhadap agama Islam itu sendiri pun kadangkala negatif.

Apakah agama itu sendiri itu negatif ajarannya? Atau apakah salah penganutnya itu sendiri?

eyetest

Berdasarkan pemerhatian, terhadap beberapa senario yang seringkali berlaku.

1) Perilaku orang yang dikatakan aktif melibatkan diri dengan aktiviti2 keagamaan akan mempengaruhi persepsi orang ramai samaada muslim atau non-muslim.

2) Perilaku setiap orang muslim itu sndiri akan membawa impak besar terhadap persepsi non-muslim terhadap islam.

Tidak kisah samaada no1 atau no2, kesannya hampir sama.

Diri ni kadangkala rasa bersalah melakukan sesuatu yang ‘kurang baik’. Diorang akan kata ;

“ Camni ke budak skolah agama ? “

“ Oh kalau diorg buleh buat cmni, kte lagi la wajiiiiiib wat cmni “

“ Oh camtu Islam… “

Penjelasan

Bukanlah salah org y memberi tanggapan sedemikian andai ini berlaku kerana ianya sebenarnya kelemahan kedua2 pihak.

1)Salah si penganut kerana kelemahannya dlm perilaku akhlaknya yang menyebabkn nama Islam sedikit tercemar.

2)Salah org y memberi tanggapan kerana membuat “hasty generalization”. Buleh mengemukakan hipotesis tapi ingatlah tidaklah hipotesis y negatif itu berbeza dengan sangka buruk.

Satu benda yang pasti, semua orang perlu maklum akan fitrah manusia yang tidak sempurna. Kita seringkali melakukan kesilapan dlm kehidupan seharian. Jangan salahkan Islam andai anda melihat perilaku muslim yang tidak selari dengan ajaran Islam, tapi sebaliknya memandang ia sebagai kelemahan manusia.

Walaubagaimanapun, anda dikecualikan sekiranya anda rasa diri anda sempurna.

Dengan memandang manusia itu lemah sebenarnya adalah suatu refleksi tidak langsung kepada kelemahan diri sendiri sebagai manusia. Dan apabila manusia sedar akan kelemahan diri yang lemah maka mereka akan lebih patuh kepada Al-Khaliq. Wujud unsur muhasabah diri di sini.

p – A manusia

q – A lemah

Jika A manusia ( makhluk – yg dicipta ), A lemah

If p, then q ; p –> q

Jika anda manusia, anda lemah.

Jadi jika anda lihat suatu yang penulis lakukan y kurang baik ( y seringkali berlaku) , anggaplah ia kelemahan penulis, bukan ajaran Islam itu sendiri.

Namun perlu diingatkan bahawa bukanlah ajaran Islam itu terlalu baik yakni pada tahap yang tidak mampu dipatuhi umatnya. Antara ciri keistimewaan Islam itu sendiri adalh “ waqiyah “ yakni buleh dipraktikkan @ realistik.

Moga2 sama2 dpt kita perbaiki diri kita dan menjadi full-time muslim yang betul2 mengamalkan Islam.

full time muslimWallahua’alam

bagi mereka yang berfikir

Risiko hilang kerja..

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti minggu ni memg memg banyak dugaan. meskipn baru habis exam dn minggu y meletihkan, masih ad programming assignment yg spatutnya dah lame mula buat. x buat ap2 pn lagi. dateline rabu ni. minggu y lepas memg bz ngn bnde lain. dan sebagaimana tajuk kt atas tu ckap, ad risiko ilang kerja. meskipn dh dpat surat sokongn utk buat SSN namun ad peristiwa hari ni yg telah memberi bad impression terhadap diri ni.hu2. ad salah pham di sini mybbkn peluang utk dapat kerja cm tipis sket kot. hu2. klau dh xde rezeki xpe pn. nk wat cne. ni sume ujian kan?

latahzan

Dont be sad..

La tahzan. Innallah maana”

Sesungguhnya Allah bersama kita.

– bagi mereka yang berfikir.

2 more…

Salam ukhuwah.. =)

IMG00204-20091209-1315

Alhamdulillah 2 exam telah berlalu, yakni discrete math dan computer engineering. tinggal 2 exam je lagi , english117 n java ( computer programming ) .

tapi still ad poster presentation utk another subjek. aah poster presentation. pastu ad film maker datang. dh r kene sign media release form aritu. form ni utk benarkan aksi kita dirakam oleh org media tu. rase cm artis lak. dh r ad kt borg tu kate cm talent2.ha2

pastu kene pakai baju formal utk presentation lak. adeh this is second time present kt dpan native speaker. spe x takot. dlu pn dh cm arnab je present. apetah lgi poster presentation.hu2 harap ok je. ameen.

*hepi pasal dh lepas meskipn discrete math jawab kantoi aritu.

fuh sjuknye winter…

« Older entries