* Coretan penulis ini adalah berdasarkan pemikiran penulis berdasarkan ilmu2nya yang tidak seberapa. Sila lapangkan dada anda utk membaca post ini selanjutnya agar anda ingin mendapat manfaat daripadanya.
Bismillahirahmanirrahim.
Kadangkala nama agama Islam sering dicemari disebabkan perilaku penganutnya. Persepsi ‘non-muslim malahan dalam sesama muslim terhadap agama Islam itu sendiri pun kadangkala negatif.
Apakah agama itu sendiri itu negatif ajarannya? Atau apakah salah penganutnya itu sendiri?
Berdasarkan pemerhatian, terhadap beberapa senario yang seringkali berlaku.
1) Perilaku orang yang dikatakan aktif melibatkan diri dengan aktiviti2 keagamaan akan mempengaruhi persepsi orang ramai samaada muslim atau non-muslim.
2) Perilaku setiap orang muslim itu sndiri akan membawa impak besar terhadap persepsi non-muslim terhadap islam.
Tidak kisah samaada no1 atau no2, kesannya hampir sama.
Diri ni kadangkala rasa bersalah melakukan sesuatu yang ‘kurang baik’. Diorang akan kata ;
“ Camni ke budak skolah agama ? “
“ Oh kalau diorg buleh buat cmni, kte lagi la wajiiiiiib wat cmni “
“ Oh camtu Islam… “
Penjelasan
Bukanlah salah org y memberi tanggapan sedemikian andai ini berlaku kerana ianya sebenarnya kelemahan kedua2 pihak.
1)Salah si penganut kerana kelemahannya dlm perilaku akhlaknya yang menyebabkn nama Islam sedikit tercemar.
2)Salah org y memberi tanggapan kerana membuat “hasty generalization”. Buleh mengemukakan hipotesis tapi ingatlah tidaklah hipotesis y negatif itu berbeza dengan sangka buruk.
Satu benda yang pasti, semua orang perlu maklum akan fitrah manusia yang tidak sempurna. Kita seringkali melakukan kesilapan dlm kehidupan seharian. Jangan salahkan Islam andai anda melihat perilaku muslim yang tidak selari dengan ajaran Islam, tapi sebaliknya memandang ia sebagai kelemahan manusia.
Walaubagaimanapun, anda dikecualikan sekiranya anda rasa diri anda sempurna.
Dengan memandang manusia itu lemah sebenarnya adalah suatu refleksi tidak langsung kepada kelemahan diri sendiri sebagai manusia. Dan apabila manusia sedar akan kelemahan diri yang lemah maka mereka akan lebih patuh kepada Al-Khaliq. Wujud unsur muhasabah diri di sini.
p – A manusia
q – A lemah
Jika A manusia ( makhluk – yg dicipta ), A lemah
If p, then q ; p –> q
Jika anda manusia, anda lemah.
Jadi jika anda lihat suatu yang penulis lakukan y kurang baik ( y seringkali berlaku) , anggaplah ia kelemahan penulis, bukan ajaran Islam itu sendiri.
Namun perlu diingatkan bahawa bukanlah ajaran Islam itu terlalu baik yakni pada tahap yang tidak mampu dipatuhi umatnya. Antara ciri keistimewaan Islam itu sendiri adalh “ waqiyah “ yakni buleh dipraktikkan @ realistik.
Moga2 sama2 dpt kita perbaiki diri kita dan menjadi full-time muslim yang betul2 mengamalkan Islam.
Wallahua’alam
-bagi mereka yang berfikir